Hi frens….!!!

Sengaja saya keluarkan komen saya terhadap Shahrizal dalam filem Azura pada entry Filem Azura kerana terlalu banyak yang ingin saya perkatakan mengenai Shahrizal Jaszle dalam filem ini. Ok lupakan tentang jalan cerita Azura…kita fokus pada Zack sahaja…bagi yang telah menonton pasti akan bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Shahrizal Jaszle sangat awesome!!! dalam Azura…dari segi lakonan dan penampilannya (kecuali makeup..saya x suka makeup shah dalam filem ini).
Shah (Panjang betul nak tulis Shahrizal Jaszle) berjaya mewujudkan watak Zack yang lain versinya daripada filem asal. Zack dalam Azura 2012 lebih manja..dan amat bergantung kepada orang lain dan lemah emosi dan mentalnya. Dia perlu dipimpin…yup itulah intipati Azura. Zack ditangan Shah amat mudah tersentuh emosi, pada awal cerita..nampak sedikit kesombongan dari dalam dirinya..seorang anak orang kaya yang selalu dapat apa yang diinginkannya. Pastikan anda fokus dengan lontaran dialognya pada awal cerita…natural dan berisi. Jangan berkelip mata juga apabila menyaksikan wajah Shah apabila ditampar oleh Azura, priceless!!! Riak terkejut dan keliru jelas terpapar dimuka..jgn lupa tengok… anda pasti kagum ![]()
Shah nampak sebati dengan watak Zack…tidak keterlaluan jika saya katakan..Zack adalah nadi filem Azura 2012 ini. Watak Zack lebih berwarna…emosi Zack turun naik…angkuh, nakal, manja, mudah terusik ..bukan senang nak mengadun semua emosi tersebut …untunglah Shahrizal Jaszle…dialog-dialognya kuat dalam filem ini…kalau tidak masakan pada trailer filem Azura..kebanyakkan dialog yang digunakan adalah dialog Zack ! Ironinya ini adalah filem Azura…he he.
Menangis
Ok..tangisan dan Shahrizal Jaszle bagai irama dan lagu. Shah nampak begitu selesa dengan watak airmata ini. Terutama pada hampir penghujung filem Azura ini penonton boleh melihat betapa sakitnya Zack menanggung rindu…scene Shah berbaring diatas sofa sambil meletakkan handphone di atas dada (bukan scene baring atas sofa dgn selimut merah tau !) bagi saya amat berkesan. Susah nak explain…kena tengok..amat menyentuh hati apatah lagi scene itu diiringi oleh lagu Azura…ini antara scene yang berkesan dihati saya. Sebelum itu, scene Shah bertengkar dengan bapanya apabila dia melafazkan bahawa Azura bukan sekadar isteri dalam hidupnya…Shah menuturkan baris dialog dengan airmata yang bertakung tunggu nak jatuh jer…sangat lelaki..sebab airmata tu nampak seperti cuba ditahan dari gugur…saya dapat rasakannya..wahhh…

Imej dan Gaya Shahrizal
Sapa yang tengok cerita Azura ini dan hilang focus sebab tgk hero cerita ini angkat tangan!. Hmm…bagi saya cerita Azura ini kena ditonton dua tiga kali untuk masuk dalam flow ceritanya..sebab amat mudah hilang fokus. Shah amat menarik dalam filem ini…gayanya dalam filem ini memang menarik, nampak muda dan berwarna.
Oklah..dah cukup rasanya entry gila bayang dengan watak Zack dalam cerita Azura ini. Mungkin sedikit bias..tapi saya tidak berkompromi dengan mutu lakonan. Ikhlas saya katakan…faktor wajah dan imej adalah bonus bagi Shahrizal Jaszle namun kekuatan sebenar beliau adalah pada lakonannya. Bakat lakonan Shahrizal yang baru nak mencecah 5 tahun dalam industry lakonan ini bagi saya amat cemerlang. Jika di beri watak yang lebih mencabar Shahrizal mampu buat lebih baik. Saya doakan Shahrizal mampu mencipta nama yang lebih besar dalam arena lakonan ini. Tahniah untuk Shahrizal Jaszle!!!
Oddxx
memang tahniah..betul ‘scene Shah berbaring diatas sofa sambil meletakkan handphone di atas dada ‘ memang yg paling sedih..part paca diari mata n hidungnya merah..memang jadi la..
hampir perfect lakonan dia..memang org x boleh nak pertikaikan lakonan dia..
SHAHRIZAL d besttttt
Lakonan mmg best kan
klu tgok skali mmg tk puas…..kene tgok byk kali…..:)
sekali memang x puas. sy tgk byk2 x pun masih x puas
sy angkat tgn,nampak x.sy hilang fokus jugak mulanya coz dok membelek shahrizal je.kewkewkwkww
- shah bawak watak zack memang terbaik.suka dialog2 dia
‘eh kau bukak baju aku ,kau pakai baju kau,kau pergi belayar balik umah kau’..zack
’boleh sy tgk jari awak..’ zack
’eh aku kawin dgn azura bukan tukar jantina tau..’ zack
’eh azura!awak tipu sy ,jgn berlagak baik mcm malaikat,tuduh sy yg lemah..’ zack
- cara pandangan shah je pun dah ..umpphh..menjadi la..
-1 je kurg,6x tgk ,6x jugak sy rasa silap sikit kot,part kluar rumah lps gaduh dgn ayah n kakak dia.(depan pintu umah).mulut x sama dgn suara.tu je,yg lain semua ok
-scene kat sofa tu memang saya nangis,scene tu paling sedih le dan tersentuh tp cepat sgt dipotong.sayang sekali.if dibiar dibuai dgn scene zack sedih tu berserta lagu tu, confirm ramai yg nangis dan nangis dan nangis
overall memang shahrizal jaszle memang hebat sebagai pelakon.x siapa boleh pertikai.x siapa boleh salahkan dia if crt x dapat sambutan.shah terbaik.patut tukar tajuk bukan azura tp ZACK
p/s.. pendapat ikhlas sy sbg penonton